Saya ingat meletakkan gagang telefon dengan perlahan, mengeluh panjang sambil berkata, “Hm … ia sudah berlaku.”
Pemanggil itu ialah seorang peguam, yang memaklumkan saya bahawa isteri saya telah mendaftarkan tuntutan cerai.
Saya hidup dengan ugutan cerai selama beberapa tahun. Namun, saya berasa terkejut apabila saya menerima berita itu.
Sepanjang beberapa hari seterusnya, pelbagai emosi dan fikiran berbeza terlintas di hati dan fikiran saya. Saya tidak mahu bercerai. Saya tidak tahu bagaimana untuk mengelakkannya. Saya tidak tahu siapa yang saya harus beritahu, atau bagaimana saya harus memberitahu mereka. Saya sedar lambat-laun saya perlu memberitahu seluruh gereja yang digembalakan saya, dan saya tidak tahu reaksi apa yang akan diberikan oleh lembaga dan jemaat gereja. Satu-satunya kepastian adalah tekanan menyediakan dan menyampaikan khutbah hari minggu berikutnya.
Walaupun semasa fikiran saya bergerak sejuta batu sesaat, saya mengetahui kebenaran berikut dengan penuh kepastian jauh di lubuk hati saya:
· Allah tidak terkejut dengan tindakan yang…
View original post 303 more words