Menawarkan Diri

Dalam petikan hari ini (Markus 6:35-36), kedudukan murid-murid itu adalah agak serupa dengan perkara yang dihadapi kita dalam perjalanan kita dengan Yesus pada zaman ini.

Berasa letih dengan tuntutan mengikuti Yesus dan melayani orang lain, murid-murid ini ingin berehat. Kemudian, kelegaan seketika mereka diganggu oleh perhimpunan orang yang ramai, dan tidak diragukan, oleh banyak tuntutan.

Apabila hari sudah petang, murid-murid itu berasa cemas kerana orang ramai itu kelihatan tidak akan beralih meskipun tempat itu adalah terpencil dan tiada bekalan makanan. Mengikut gerak hati mereka, mereka meminta agar Yesus memanggil mereka pergi, kerana tiada apa-apa yang boleh dilakukan.

Kita kerap bertindak demikian dengan orang yang mempunyai keperluan yang melewati kemampuan kita. Kecenderungan kita adalah menumpukan perhatian pada masalah daripada kemungkinan. Demikian juga, seperti murid-murid itu, kita cenderung menolak seluruh masalah untuk diselesaikan oleh Yesus, dan bukan menanya Dia cara kita boleh bekerja bersama-sama. Banyak daripada doa kita adalah seperti permintaan murid-murid itu—Yesus, ambillah tanggungjawab ini daripada kami!

Renungkan:

Tanpa kesetiaan Allah, kita akan bergumul untuk mencukupkan perbelanjaan tanpa harapan kehidupan yang akan berubah. Namun firman Allah telah ditanam dalam hati orang yang percaya, dan telah memberikan kita keinginan untuk bekerja bersama-sama untuk melihat kuasa pengubah-Nya.

Murid-murid itu mempunyai sumber yang terhad tetapi Yesus telah menggandakannya untuk memberi makanan kepada orang yang ramai. Apakah sumber yang dimiliki anda yang boleh digandakan Allah dan digunakan untuk memberkati komuniti anda? Ini tidak semestinya sumber material sahaja, malah kemahiran atau masa juga.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s