Apabila kita membaca Alkitab dan memahami cerita Injil daripada Kejadian hingga Wahyu, kita akan melihat bahawa ia adalah tentang mengidentifikasikan diri dengan umat atau keluarga Allah, dan kerja-Nya adalah membuka jalan supaya ini dapat berlaku. Yesus sendiri berkata bahawa Dialah jalan dan satu-satunya jalan untuk mengenal Bapa. Dialah Injil. Saya tepat sekali apabila mengatakan bahawa Injil bermula dalam Perjanjian Lama, kerana “Janji” Injil, adalah kedatangan Yesus, dan itu memang dinubuatkan sejak awal lagi. Penggenapan “Janji” ini berlaku kemudian apabila Yesus datang. Walau bagaimanapun, “Berita Baik” tujuan-Nya dan kehidupan-Nya telah diumumkan ratusan tahun sebelum kelahiran-Nya. Hujah saya adalah Allah sentiasa inginkan persekutuan dengan keluarga-Nya. Memanglah tema Injil bahawa oleh kasih kurnia-Nya Dia membuka jalan untuk kita demi memungkinkan ini.
Yesus menggunakan pokok anggur dan carang untuk menegaskan ini apabila Dia berkata bahawa Dia mahu kita tetap bersama-Nya dan Dia pun tetap bersama kita. Ini adalah gambaran paling rapat antara kita dan Dia. Kita seolah-olah tumbuh dari sisi-Nya. Ia adalah gambaran kesatuan, keintiman, dan kebergantungan. Apabila kita betul-betul menyembah Kristus kita yang telah bangkit, kita memasuki kesatuan dengan Allah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Saya tidak akan cuba menggambarkannya. Namun, kita dibawa ke balairung seri-Nya dan hadirat-Nya, dan bukannya membawa-Nya turun ke bentuk, perspektif dan batasan kita melalui usaha diri. Inilah sebabnya saya sering berkata bahawa bentuk tidaklah penting. Hal yang penting adalah penyembahan kita bersifat suci, dan bahawa kita berhubungan dengan Penyelamat kita secara rapat-rapat.
Yesus membangunkan murid-murid-Nya untuk menjadi lelaki dan perempuan yang layak memakai nama-Nya. Oleh itu, Dia mendisiplinkan dan memangkas kita. Dia memikirkan lelaki atau perempuan yang boleh melayani-Nya dengan lebih baik dengan menjadi lebih rapat dengan-Nya dan kemudiannya menyerap sifat-Nya. Disiplin dan cantasan-Nya direka bentuk untuk menghasilkan orang seperti itu, dengan merapatkan lagi kita dengan-Nya. Ketika itulah perubahan hidup berlaku. Di tengah-tengah pengalaman kesatuan intim dengan-Nya ini, adalah penyembahan-Nya yang mudah tetapi suci yang melihat-Nya yang seada-Nya. Sesudah itu, kita boleh betul-betul menyembah-Nya dalam kebenaran. Saya meminta anda untuk berhenti sejenak pada masa ini dan menyembah Raja anda, kerana Dia sedang mendengar anda.
Terima kasih untuk article, saya orang filipino dan saya masih belajar bahasa indonesia…. Masih ada banyak kata saya masih gak paham… Maaf ya bahasa saya belum sangat baik…. I like your article because it helps me read and understand bahasa! Keep it up! 🙂
LikeLiked by 1 person
It’s a pleasure to be able to offer some assistance in your pursuit in learning the language. But this is Bahasa Malaysia and is slight different from Bahasa Indonesia. God Bless.
LikeLike
Ohh just as I thought… No wonder why there are some words I don’t know. God bless as well! I will follow your blog too 🙂
LikeLiked by 1 person
Wonderful to have on board. Please feel free to ask any questions as well.
LikeLike