Penyembahan yang Sejati-Kesunyian

Pada masa lalu, semasa saya bekerja dalam dunia perniagaan, saya kerap mencelahi doa seolah-olah ia adalah satu lagi tugas menyibukkan yang perlu diselesaikan supaya saya boleh memulakan projek seterusnya. Meskipun sekarang dalam pelayanan sepenuh masa, saya perlu memerhatikan kecenderungan saya ini, kerana saya sangat sibuk melakukan “kerja Tuhan,” seolah-olah itu adalah satu alasan. Saya tidak bersendirian. Saya rasa anda tahu maksud saya, bukan? 

Kita boleh mengatakan itu tidak benar, tetapi kebenarannya adalah dalam amalan kita, bukan sistem kepercayaan kita. Kita boleh mempercayai kuasa doa, dan kita boleh penuh rasa hormat untuk tempoh yang cukup lama untuk menutup mata kita dan mengatakan sesuatu seperti doa hafalan kita kepada Allah maha kuasa, tetapi adakah kita bersedia untuk menemui-Nya dalam pemujaan dan rasa hormat yang sejati? Adakah kita lupa akan Siapa yang doa kita ditujukan dan memahami hak istimewa yang telah diberikan kepada kita untuk menghampiri Allah yang Kudus? Adakah anda berhenti sejenak dan berfikir tentang hal-hal ini sebelum berbicara dengan Raja Yang Terutama? Saya ingin berkongsi beberapa fikiran tentang bagaimana kesunyian boleh menyediakan seseorang untuk penyembahan. Saya ingin berkongsi apa yang telah membantu saya.

Saya mendapati berguna untuk memulakan doa saya dengan mendiamkan diri di hadapan Tuhan, dan mengingati Siapa yang saya hampiri itu. Kesunyian adalah cara yang baik untuk berbuat demikian, tetapi secara jujur, kita boleh tidak bertutur dan pada masa yang sama minda dan fikiran kita sibuk dengan hal yang harus dilakukan. Kesunyian yang saya maksudkan adalah mengetepikan perkara yang dijadikan bahan doa kita itu demi tujuan yang lebih besar, iaitu pemujaan. Pemujaan Allah bermaksud mengakui kemuliaan-Nya dan Siapa Dia itu. 

Kita sering memuja Allah kerana apa yang telah dilakukan-Nya dalam sejarah, dan kerana apa yang telah dilakukan-Nya atau sedang dilakukan-Nya dalam kehidupan kita. Walau bagaimanapun, kita mengabaikan pemujaan-Nya, dengan tidak menyembah-Nya kerana Siapa Dia itu. Apabila kita mendiamkan diri di hadapan Tuhan dari segi kata-kata dan fikiran kita, kita memulakan proses penyembahan yang membawa kita ke lingkungan di mana penyembahan yang sejati boleh berlaku.

Saya meminta anda untuk membaca ayat Alkitab yang dilampirkan dan berfikir tentang apa yang difikirkan oleh Daud semasa dia menulisnya. Saya juga mencadangkan agar anda mendengar salah satu lagu pujian kegemaran anda.  Satu lagu yang baik ialah “Let It Rain.”  Carilah lagu ini di YouTube atau aplikasi muzik anda.  Ini akan membantu anda untuk membina kekaguman, yang merupakan tempat yang baik untuk memulakan penyembahan. Benarkan semua tindakan ini untuk menyiapkan anda. 

Advertisement

One thought on “Penyembahan yang Sejati-Kesunyian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s