MALAY LANGUAGE – BELIEFS AND MORAL FOUNDATIONS Blog

Sekarang Lakukannya

Jangan menghabiskan Pelan Alkitab ini tanpa melakukan sesuatu. Pemimpin mengambil tindakan terhadap maklumat yang membawa transformasi. Apakah yang seharusnya menjadi langkah anda yang seterusnya? Allah bersedia untuk melakukan lebih daripada apa yang boleh anda minta, fikir, atau bayangkan, melalui kuasa-Nya yang sedang bekerja. Satu Disiplin untuk Dimulakan: Apabila anda sedar siapa anda, atau siapa yang anda…

Risiko yang Perlu Diambil

Sama ada anda seorang remaja, pelajar kolej, sudah bekerja, atau sudah bersara, sekarang adalah masa yang sesuai untuk mengambil risiko. Ambillah risiko semasa anda bertumbuh dan semasa anda sedang merosot. Tiada orang yang mencapai sesuatu yang besar dengan menghindari risiko.  Saya tidak memberitahu anda untuk mengambil risiko dalam perkara yang salah. Jangan mempertaruhkan hubungan yang…

Satu Hubungan untuk Dimulakan

Kita memulakan Pelan Alkitab ini dengan memutuskan untuk menempatkan aspek siapa sebelum aspek perbuatan. Jika anda ingin mengubah siapa anda, anda perlu mengubah siapa yang anda habiskan masa bersama.  Rasul Paulus, yang bertanggungjawab menulis sebahagian besar daripada Perjanjian Baru, mengalami salah satu perubahan kehidupan yang paling dramatik dalam Alkitab. Perubahan dalam kehidupannya ini adalah begitu…

Sistem untuk Dibina

Fikir tentang satu masalah di tempat kerja, dalam pasukan anda, di rumah anda, atau dalam kehidupan anda yang asyik berulang. Anda mungkin fikir anda memiliki masalah kawalan kualiti, perkhidmatan pelanggan, orang yang salah, atau rumah yang tidak teratur, tetapi ia mungkin disebabkan oleh masalah sistem. Sebagai pemimpin, kita cenderung menyalahkan ahli bawahan kerana menyebabkan masalah…

Seseorang untuk Diperkasakan

Salah satu perkara pertama yang dilakukan oleh Yesus dalam pekerjaan awam-Nya sepanjang tiga tahun di dunia ini adalah mencari orang untuk diperkasakan. Dia menemui 12 orang, tetapi anda bukanlah Yesus, mungkin bermula dengan seorang? Jika anda tidak memperkasakan orang lain, inilah satu kepastian—anda akan menjadi penutup pada pekerjaan yang sedang anda lakukan. Pekerjaan anda tidak…

Keberanian untuk Berhenti

Jika ada orang yang dilahirkan dengan potensi kepimpinan yang menakjubkan yang diberikan oleh Allah, itu pastilah Simson, namum kehidupannya musnah kerana dia kekurangan keberanian untuk berhenti. Ia bertambah teruk dalam Hakim-hakim 16:1 BM: Pada suatu hari Simson pergi ke Gaza. Di sana dia berjumpa dengan seorang pelacur. Gaza terletak 25 batu dari kampung Simson, Zora. Gaza…

Memberikan Baki Anda kepada Hidup Ini

Pernahkah anda mendapati diri anda berharap atau berdoa untuk lebih banyak lagi masa dalam sehari? Terlalu banyak hal yang perlu dilaksanakan dan terlalu sedikit masa. Anda berusaha dan bekerja keras, dan apabila kerja berat memenatkan anda, anda sedar bahawa walau apa pun yang anda lakukan, ia tidaklah mencukupi. Saya boleh memberikan banyak contoh, tetapi tekaan…

Melarikan Diri 

Hidup dengan kekhuatiran rasa seperti hidup sebagai pelarian—kecuali anda melarikan diri daripada kehidupan sendiri. Rasa panik melanda dada anda apabila anda cuba sedaya upaya untuk melarikan diri ke tempat selamat yang kelihatan tidak terjangkau. Kerisauan berpusar dalam fikiran anda pada kelajuan yang menyebabkan anda sesak nafas, dan rasa takut bertambah besar, mengakibatkan keadaan tidak dapat…

Bertekun

Meningkatkan Kemampuan Kepimpinan bukanlah untuk golongan yang lemah atau letih. Hal yang tidak dapat anda fahami sepenuhnya daripada membaca buku, mendengar orang lain, atau memperoleh MBA adalah betapa susahnya anda perlu bertahan untuk memenuhi potensi kepimpinan anda. Menerima kenyataan ini dan menerima kesusahan yang datang dengan kepimpinan merupakan pendidikan yang sangat berharga yang kita perlu…

Sikap Pembelajaran

PENGHARGAAN:  LANE HICKENBOTTOM/ REUTERS “Mengetahui hal yang tidak diketahui adalah lebih berguna daripada bijak belaka.” — Charlie Munger Ini merupakan petikan yang baik untuk menyampaikan hujah tentang kesedaran kendiri. Menurut pakar industri yang terkemuka, kesedaran kendiri adalah teka-teki pertama ke arah mendedahkan keulungan. Berhubungan dengan kesedaran kendiri, saya memandang Charlie Munger sebagai seorang pakar.  Jika…

Penahan Buku

Berapa kerap anda melihat perkara yang tidak pernah dilihat sebelumnya? Contohnya, kereta yang baru anda beli merupakan satu-satunya kereta yang anda lihat di jalan meskipun anda tidak perasan pernah melihatnya. Sering kali, Alkitab juga demikian. Anda membaca satu ayat atau petikan berulang kali dan tiba-tiba, sesuatu yang baru menarik perhatian anda. Inilah salah satu sebabnya…

Kebijaksanaan Alkitabiah 

Bahasa Inggeris adalah rumit dan agak sukar. Bagi kita yang hanya bertutur dalam Bahasa Inggeris, kita tidak dapat memahami kerumitannya. Contohnya, perkataan scale atau scaling. Bukalah pelayar anda ke Dictionary.com, dan anda akan melihat bahawa dua perkataan ini mempunyai pelbagai makna.  scale kata nama  — sisik, lapisan kulit yang berkeping-keping pada ikan dan reptilia, biasanya bertindih antara satu…

Peruntukan

Bolehkah anda mengenangkan suatu waktu di mana anda berasa ditenggelami saiz atau skala sesuatu cabaran atau tugas yang anda hadapai? Apakah perasaan anda? Apakah yang telah anda lakukan? Kawan saya, Mary, merasakan ini. Kehidupan di Uganda adalah sukar kepadanya. Suaminya lesap, meninggalkannya dengan empat orang anak kecil. Mereka hidup dalam pondok lumpur dengan atap jerami…

Kemenangan

Yesus tidak berasa puas hati untuk orang terus berkeperluan. Kita melihat ini dalam bacaan daripada Injil Markus. Hati-Nya penuh belas kasihan terhadap mereka dan ingin memberi makan kepada mereka. Akan tetapi, kaedah-Nya adalah melalui perkongsian bersama murid-murid-Nya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam mendapatkan makanan, yang kemudiannya digandakan, dan dalam pengedaran makanan kepada orang ramai.…

Menawarkan Diri

Dalam petikan hari ini (Markus 6:35-36), kedudukan murid-murid itu adalah agak serupa dengan perkara yang dihadapi kita dalam perjalanan kita dengan Yesus pada zaman ini. Berasa letih dengan tuntutan mengikuti Yesus dan melayani orang lain, murid-murid ini ingin berehat. Kemudian, kelegaan seketika mereka diganggu oleh perhimpunan orang yang ramai, dan tidak diragukan, oleh banyak tuntutan.…

Diberi Kuasa

Bagaimanakah kita harus mengasihi Allah? Apakah maksudnya mengasihi orang lain sebagaimana kita mengasihi diri sendiri? Adakah kita betul-betul mengambil berat tentang kebajikan mereka, baik dari segi fizikal mahupun dari segi rohani? Yesus mengambil berat tentang seluruh peribadi. Dia menyembuhkan orang yang sakit semasa berkhutbah dan mengajar. Dengan mengikuti Dia, kita mesti turut mengambil berat tentang…

Keutamaan

Dalam Injil Lukas, kita melihat Yesus, buat pertama kalinya, mengemukakan sebab kedatangan-Nya. Ini juga ditulis dalam Yesaya 61:1-2, beberapa ratus tahun sebelum kelahiran Yesus. Apakah sebab yang diberikan Yesus tentang kedatangan-Nya? Adakah ia lebih berkait rapat dengan keperluan rohani manusia, ataupun keperluan fizikal mereka – atau kedua-duanya? Dengan merenungkan mesej Yesus, kita boleh memahami cara…

Terhubung

Apabila saya sedar bahawa saya bukan sahaja dicipta untuk melayani di gereja, malah untuk melayani orang lain sebagai jemaat, berhubungan dengan orang lain menjadi perkara yang paling utama. Anda tidak boleh melayani tanpa berhubungan. Siapa yang anda berhubungan dengan akan mengubah kisah yang anda ceritakan kelak. Ini adalah benar sepanjang sejarah. Pertimbangkan lelaki yang menulis…

Melayani

Melayani orang lain tidak biasa buat saya. Saya bersifat mementingkan diri. Saya suka cara saya. Ia bukanlah sesuatu yang membanggakan, tetapi malangnya, ia adalah benar. Saya tidak bersendirian. Semua daripada kita bersikap sedikit mementingkan diri. Mementingkan diri memang sifat semula jadi manusia. Pertimbangkan: anda tidak perlu mengajar kanak-kanak untuk mementingkan diri. Menurut Yesus, kehidupan bukanlah…

Pergi

Adakah anda rasa sesuatu yang baru berlaku dalam kehidupan anda? Adakah anda inginkan sesuatu yang berbeza? Walaupun anda tidak merasakannya sekarang, sentiasalah idea yang baik untuk bersedia untuk perubahan kerana perubahan pasti akan berlaku.Kita sudah berbincang tentang mulai, berhenti, dan bertahan. Kadang kala, keputusan terbaik yang boleh anda buat dalam mencari tuntunan Allah adalah pergi. Kerap kali, kita dipanggil…

Bertahan

Saya banyak berfikir tentang betapa berbezanya kehidupan saya jika saya berputus asa bila saya ingin berbuat demikian. Kisah saya mungkin menjadi sesuatu seperti, “Ya, dulu saya fikir saya harus menjadi seorang pastor, saya sudah berusaha tetapi ia tidak berhasil. Begitulah kehidupan.”Saya pasti anda pernah bergumul dengan cabaran dari masa ke masa dalam musim kehidupan anda…

Berhenti

Salah satu keputusan terbaik yang anda boleh buat semasa tergerak hati atau berada dalam dilema kepentingan tinggi adalah berhenti. Berehat. Berdoa untuk pimpinan. Fikir dahulu.  Dapatkan kebijaksanaan yang salih daripada orang yang dipercayai dan pertimbangkan hasil yang mungkin. Kemudian, tanyalah diri, “Adakah ini sesuatu yang saya harus hentikan sepenuhnya?” Kebanyakan daripada kita mempunyai niat yang baik…

Mulai

Setiap hari, kita membuat pilihan yang membentuk kisah hidup kita. Apakah rupa kehidupan anda jika anda membenarkan prinsip yang salih untuk memimpin pilihan tersebut? Sepanjang minggu seterusnya, kita akan menerokai tujuh prinsip daripada buku Divine Direction saya untuk membantu anda menemukan kebijaksanaan Allah untuk keputusan harian anda. Jika seseorang meminta anda untuk menceritakan kisah hidup anda, apakah…

Sementara Kita Menunggu

Kita sudah baca tentang beberapa cerita yang menakjubkan di mana Yesus telah menyembuhkan orang semasa Dia berada di dunia ini. Ada kalanya, kata-kata-Nya menyembuhkan orang, pada masa yang lain, sentuhan lembut-Nya membawa keutuhan. Dengan setiap penyembuhan, kita membaca tentang orang yang mempercayai-Nya kerana apa yang dilakukan-Nya dalam kehidupan seseorang. Syukurlah, Yesus tidak menyembuhkan orang selama…

Orang yang Bersyukur

Dalam Lukas 17:11-19, kita diberitahu tentang cerita di mana Yesus menjumpai sepuluh orang kusta. Penyakit mereka berjangkit dan menyebabkan mereka dijauhi masyarakat. Namun, mereka berseru kepada Yesus dan berkata, “Yesus! Tuan! Kasihanilah kami!” (Lukas 17:13 BM)  Apabila diminta, Yesus tidak bercakap dalam perumpamaan atau menanya soalan. Dia hanya memberitahu mereka untuk pergi “perlihatkanlah dirimu kepada imam-imam” (Lukas 17:14 TB).…

Adakah Kita Inginkan Penyembuhan?

Dalam Yohanes 5, Yesus berada di Yerusalem untuk satu perayaan Yahudi. Sesudah tiba di sana, Dia berjalan melewati sebuah kolam di mana banyak orang buta, tempang, dan lumpuh berbaring. Tradisi mengajar bahawa air kolam itu berkocak apabila malaikat turun ke kolam itu. Dan orang pertama yang memasuki kolam itu semasa air berkocak akan disembuhkan. Terdapat…

Satu Cara Aneh untuk Menyembuhkan

Yohanes 9 membuka dengan memberitahu kita tentang seorang lelaki yang dilahirkan buta. Kita tidak tahu usianya, tetapi ia buta sejak lahir. Selepas berbincang dengan murid-murid-Nya tentang situasi itu, Yesus menjalankan penyembuhan ini dalam cara yang aneh sekali. Dia meludah ke tanah dan meliat tanah dengan ludah-Nya. Kemudian Dia menyapukan tanah itu pada mata lelaki itu.…

Sebahagian daripada Pakaian

Dalam Markus 5, kita melihat Yesus melakukan dua perkara sekaligus—membangkitkan orang yang sudah mati dan menyembuhkan orang yang sakit. Anak perempuan itu ialah anak kepada pemimpin rumah ibadat Yahudi, Yairus, yang amat dihormati dalam masyarakat. Namun, bapa yang terdesak ini sujud dan memohon Yesus untuk menyembuhkan anak kesayangannya. Apabila Yesus melihat ini, Dia segera pergi bersama-samanya. …

Penyembahan yang Sejati-Kesatuan

Apabila kita membaca Alkitab dan memahami cerita Injil daripada Kejadian hingga Wahyu, kita akan melihat bahawa ia adalah tentang mengidentifikasikan diri dengan umat atau keluarga Allah, dan kerja-Nya adalah membuka jalan supaya ini dapat berlaku. Yesus sendiri berkata bahawa Dialah jalan dan satu-satunya jalan untuk mengenal Bapa. Dialah Injil. Saya tepat sekali apabila mengatakan bahawa…

Penyembahan yang Sejati

Rocky Fleming Salah satu keseronokan pelayanan saya adalah mengenali lebih banyak pastor yang hebat dan jemaat mereka. Saya telah diundang untuk melibatkan diri dalam banyak denominasi dan bentuk penyembahan yang berbeza di gereja. Walau bagaimanapun, saya akan mencurahkan bahawa meskipun saya tidak “digerejakan” sedemikian semasa membesar, saya benar-benar suka menyembah di banyak gereja Amerika Afrika…

Penyembahan yang Sejati-Hati

Salah satu lagu pujian kegemaran saya ialah The Heart of Worship. Mesej lagu ini adalah mengikis semua keselerakan dan barang yang tidak betul-betul perlu yang sering diguna oleh kita sebagai bentuk penyembahan kita, sebaliknya menumpukan perhatian kepada hati yang menyembah. Apa itu hati yang menyembah? Memiliki hati yang menyembah bermula dengan hati untuk menyembah? Apakah…

Penyembahan yang Sejati-Kesunyian

Pada masa lalu, semasa saya bekerja dalam dunia perniagaan, saya kerap mencelahi doa seolah-olah ia adalah satu lagi tugas menyibukkan yang perlu diselesaikan supaya saya boleh memulakan projek seterusnya. Meskipun sekarang dalam pelayanan sepenuh masa, saya perlu memerhatikan kecenderungan saya ini, kerana saya sangat sibuk melakukan “kerja Tuhan,” seolah-olah itu adalah satu alasan. Saya tidak…

Penyembahan yang Sejati

Memperlahankan Langkah Yesus menyuruh murid-murid-Nya pergi kepada-Nya, dan menyerahkan beban kita kepada-Nya. Mengapakah pelepasan beban kita kepada Yesus itu perlu untuk menyembah Allah dengan lebih mendalam? Adakah kerana beban boleh menjadi begitu penting kepada kita, begitu kritis dalam fikiran kita sehinggakan ia menjadi pahala tanggungjawab yang membebani kita? Bolehkah kita menyembah Allah dan pahala pada…

Penyembahan yang Sejati-Kesatuan

Apabila kita membaca Alkitab dan memahami cerita Injil daripada Kejadian hingga Wahyu, kita akan melihat bahawa ia adalah tentang mengidentifikasikan diri dengan umat atau keluarga Allah, dan kerja-Nya adalah membuka jalan supaya ini dapat berlaku. Yesus sendiri berkata bahawa Dialah jalan dan satu-satunya jalan untuk mengenal Bapa. Dialah Injil. Saya tepat sekali apabila mengatakan bahawa…

Penyembahan yang Sejati-Perayaan

Salah satu keseronokan pelayanan saya adalah mengenali lebih banyak pastor yang hebat dan jemaat mereka. Saya telah diundang untuk melibatkan diri dalam banyak denominasi dan bentuk penyembahan yang berbeza di gereja. Walau bagaimanapun, saya akan mencurahkan bahawa meskipun saya tidak “digerejakan” sedemikian semasa membesar, saya benar-benar suka menyembah di banyak gereja Amerika Afrika yang pernah…

Penyembahan yang Sejati- Hati

Salah satu lagu pujian kegemaran saya ialah The Heart of Worship. Mesej lagu ini adalah mengikis semua keselerakan dan barang yang tidak betul-betul perlu yang sering diguna oleh kita sebagai bentuk penyembahan kita, sebaliknya menumpukan perhatian kepada hati yang menyembah. Apa itu hati yang menyembah? Memiliki hati yang menyembah bermula dengan hati untuk menyembah? Apakah…

Penyembahan yang Sejati

Kesunyian Pada masa lalu, semasa saya bekerja dalam dunia perniagaan, saya kerap mencelahi doa seolah-olah ia adalah satu lagi tugas menyibukkan yang perlu diselesaikan supaya saya boleh memulakan projek seterusnya. Meskipun sekarang dalam pelayanan sepenuh masa, saya perlu memerhatikan kecenderungan saya ini, kerana saya sangat sibuk melakukan “kerja Tuhan,” seolah-olah itu adalah satu alasan. Saya…

Penyembahan yang Sejati

Memperlahankan Langkah Yesus menyuruh murid-murid-Nya pergi kepada-Nya, dan menyerahkan beban kita kepada-Nya. Mengapakah pelepasan beban kita kepada Yesus itu perlu untuk menyembah Allah dengan lebih mendalam? Adakah kerana beban boleh menjadi begitu penting kepada kita, begitu kritis dalam fikiran kita sehinggakan ia menjadi pahala tanggungjawab yang membebani kita? Bolehkah kita menyembah Allah dan pahala pada…

Anda Ini Tempatnya Di Kalangan Komuniti

Siapakah dalam kehidupan anda yang meningkatkan kehidupan anda, mendorong anda, dan mencabar anda untuk mencari Allah dengan setia? Siapakah yang mengetahui tentang pergelutan anda dan berada di sisi anda dalam saat-saat anda memerlukan pertolongan, bila-bila masa? Allah tidak mencipta anda untuk menjalankan kehidupan bersendirian. Dia telah mencipta anda untuk dikelilingi pengikut Kristus yang lain untuk…

Anda Boleh Mengatasi Kegelapan Ini

Adakah apa-apa cara untuk mengendalikan penderitaan yang sedang anda alami? Bolehkah anda melepaskan diri daripadanya? Dengan bantuan Allah, jawapannya ialah ya. Apabila fikiran ingin mencederakan diri atau berputus asa sepenuhnya mula memenuhi minda anda, pilihlah untuk menolak bohong itu dan menumpukan perhatian pada janji Allah kepada anda. Alkitab memberitahu kita bahawa Allah tidak akan membiarkan…

Kehidupan Anda Mempunyai Tujuan

Adakah anda berasa bimbang tentang masa depan? Adakah anda menghabiskan masa yang banyak tertanya-tanya sama ada keadaan akan bertambah baik, ataupun sama ada kehidupan akan terus sukar seperti sekarang? Meskipun ketika kehidupan kelihatan suram atau anda rasa anda ialah kegagalan yang terbesar, Allah masih mempunyai tujuan yang menakjubkan untuk hidup anda. Alkitab memberitahu kita bahawa Allah…

Anda Dihargai

Pernahkah anda rasa anda tidak berguna? Seolah-olah anda ialah barang-barang yang rosak?  Alkitab sangat jelas tentang betapa bernilainya anda di mata Allah. Walau apa pun yang anda beritahu diri sendiri pada waktu yang paling teruk, kebenarannya adalah Allah telah mencipta anda sebagai karya agung-Nya yang sempurna. Di mata Allah, anda telah dicipta dengan baik dan luar…

Anda Dikasihi

Pernahkah anda rasa tidak mudah disayangi, seolah-olah tiada orang yang mungkin betul-betul mengasihi anda yang sebenarnya?Sebenarnya, anda dikasihi tanpa syarat oleh Allah yang telah mencipta anda. Walau berapa banyak kesilapan yang telah anda buat, atau betapa kuatnya anda rasa anda tidak layak dikasihi, Allah akan sentiasa memanggil anda anak-Nya.  Allah bukan sahaja mengasihi kita sebagai suatu…

Anda Tidak Bersendirian

Adakah anda rasa bersendirian sekali-sekala? Pernahkah anda tertanya-tanya sama ada orang lain mengambil peduli tentang apa yang sedang anda hadapi? Apabila anda rasa seolah-olah anda bersendirian sahaja, ketahuilah bahawa Allah sentiasa menyertai anda—pada waktu ini juga. Di tengah-tengah kemenangan anda yang paling cemerlang dan di tengah-tengah teriakan meminta pertolongan anda yang paling kelam, Dia sentiasa menyertai…

Menafikan Dunia

Ketakutan kita yang paling dalam bukanlah bahawa kita tidak mencukupi. Ketakutan kita yang paling mendalam adalah bahawa kita sangat berkuasa. Cahaya kita, bukan kegelapan kita yang paling menakutkan kita. Kami bertanya kepada diri sendiri, ‘Siapa saya untuk menjadi cemerlang, cantik, berbakat, hebat?’ Sebenarnya, anda bukan siapa? Anda adalah anak Tuhan. Permainan kecil anda tidak memberi…

Khuatir

Bagaimana kalau begini? kalau begitu? Semasa kita sibuk mempertimbangkan “bagaimana-kalau” kita sudah mengambil langkah pertama ke arah hidup penuh kekhuatiran. Kekhuatiran bererti mengambil tanggungjawab terhadap perkara yang bukan urusan kita. Kekhuatiran itu kurang kepercayaan dalam kuasa Pencipta alam semesta. Kekhuatiran berkata anda boleh, walaupun memang mustahil. Apakah anda khuatir bahawa anda terlalu kekhuatiran? Berkhuatir tidak…

Utuslah Saya

Walaupun permintaan tersebut berbeza-beza, mereka meminta Allah untuk melakukan sesuatu untuk mereka atau orang yang dikasihi. Allah, tolonglah saya. Allah, tolonglah orang yang saya kasihi. Tuhan, saya memerlukan…. Bapa, bolehkah…? 

Patahkan Saya

Tidak salah berdoa untuk keselamatan dan berkat, tetapi bagaimana kalau anda inginkan lebih banyak lagi? Bagaimana kalau anda inginkan kuasa daripada Roh Kudus, kekuatan dari syurga, iman yang tidak bergoyah, keintiman sebenar dengan Bapa anda? 

Loading…

Something went wrong. Please refresh the page and/or try again.

Photo by Pixabay on Pexels.com
COLLECTION

Here you will find various publications about Islam and its beliefs. There is also a large collection of reading materials available upon subscription.

Subscribe to My Blog

Get new content delivered directly to your inbox.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s